June 1, 2017

BERDERAI AIR MATA WANITAKU INI

Sungguh saya mengalirkan air mata petang ini.
Sungguh saya bersyukur dapat peluang buat kali kedua.

Dengarlah sharing dari Master Farihah Abu Kasim ini.









BIG WHY saya, antaranya adalah anak2 & suami tersayang Izny Hanis Bin Zainon.
Mana mungkin saya tak kasih & kasihan melihat & bersama suami berulang alik menaiki motor sejauh hampir 100km jumlah perjalanan sehari dari rumah di Sri Kembangan ke Sg.Buloh.
Itulah pilihan terbaik yang kami ada buat masa ini.Untuk jimat duit minyak..duit tol..dan MASA, supaya dapat kami jemput anak2 dari taska tepat pada masanya.
Sakit badan? Letih?

Itu asam garam orang makan gaji.
Pernah saja hampir saban minggu sang suami demam hingga sakit urat, sakit kepala yang teruk akibat tekanan fizikal yang diterima. Berpanas berhujan selama hampir sejam setiap kali perjalanan.
Ye, saya pasti semua orang begitu.Namun saya sedar ini hakikat yang perlu dihadapi, bila saya sedia maklum dengan keadaan kesihatan suami yang agak sederhana sebelum kami berkahwin lagi.
Tinggallah saya seorang menguruskan rumah, melayan anak, menyusui sambil buat stok EBM & rawat suami yang terlantar sakit.
Stress?

Letih?
Ye, pernah dan selalu saya jadi ibu pemarah saat teruji fizikal & mental sebegitu. Tambah lagi jika terpaksa bawa si kecil ke hospital saat bertugas hujung minggu.
Astarghfirullah...bila malam menjelang, saya menangis sendiri..kecewa sebab bukan ini yang saya mahu.

Wajah comel anak2 kembali menyejukkan hati.

Pernah saya memandu sendiri, jika suami ada urusan luar daerah, menjelang azan maghrib baru dapat melihat muka anak dek terperangkap dalam jem yang menggila.
Saya menyesal kerana tidak nampak jalan ini dari tahun 2014 lagi bila pertama kali mendaftar sebagai ahli. Tidak menyalahkan sesiapa, hanya sekadar akur pada keadaan semasa pada waktu itu.




Sehinggalah hujung tahun 2015, saat suami diserang gastrik maha hebat sehingga sakit dada, sehingga serial ECG dilakukan to rule out any cardiac event. Dari jam 2 pagi suami ke kecemasan HUKM bersama abang ipar, sehinggalah pulang selepas jam 6.30 pagi...sedikit pun saya tak mampu melelapkan mata.
Walau merajuk macam mana sekalipun, isteri mana tak sayangkan suami,kan? Risau sungguh dengan keadaan suami masa itu. Lantas terfikir, andai aku terpaksa tempuh pengalaman menjadi ibu tunggal seperti mak, bersediakah aku dengan 3 anak kecil ??
Jun 2016, sekali lagi shaklee berada di lintasan takdir saya. Kali ini saya paksa suami berikhtiar dengan Vivix & Vitamin C untuk kesihatan beliau.Tambahan saat itu, saya baru pulang dari pelayaran di tengah lautan untuk latihan team building di Lumut, Perak. Bertaddabur melihat alam sungguh mendamaikan & membuatkan saya berfikir jauh dengan kehidupan sekarang.
Dengan berbekalkan BIG WHY saya & suami yang ingin menjadi lebih baik untuk anak & ummah, saya cekalkan diri untuk menceburi bidang asing ini.
Zero knowledge, Zero experience.
Dengan sokongan team Rich Young Group, Sinar Dhuha & The Achievers yang dinamik dan hebat, saya kini di rank Sulung, selaku Supervisor setelah 3 bulan bershaklee.

Dari hanya merasa bonus 2 angka..ke 3 angka.. kini 4 angka!

Tak lagi berharap suami beri duit saku setiap pagi & dah dapat lepas yuran taska anak setakat ni.

Alhamdulillah..masih jauh perjalanan ini.

Saya insan biasa yang melakar kehidupan seperti anda.

Jika saya dipertemukan dengan peluang sebegini dari awal mungkin saya tak toleh ke belakang lagi.
Sistem yang establish & produk yang tip-top.

Cuma kuatkan semangat, jangan malu belajar ilmu & copy paste sahaja..anda pasti dapat capai impian anda bersama kami.
Siapa yang berusaha, pasti Allah ganjari..jika tidak dunia..di akhirat nanti.

RUGI... buat siapa yang melepaskan peluang ini.

Fiza Rashid,
A mom of three & a Physiotherapist

Founder of The Kaizen Team

RAMAI WANITA TAKUT PERUT BENYEK LEPAS MELAHIRKAN ?


Nama glamer nye, spare tyre.


Ada juga yang panggil baby bump.
Orang2 tua panggil perut benyek.
Strect mark la.

Alhamdulillah.. itulah cenderamata buat seorang yang bergelar ibu.

Sanggup jadi tak cantik sebab nak bagi zuriat kat suami..sebagai tanda kasih sayang & penyambung ummat Muhammad.





Tapi, tak mustahil nak jadi cantik & ramping balik.
Sebab tu cik pijah tak pernah ada masalah nak beli baju raya..masalahnya asyik terlebih longgar adalah.ha3
Syaratnya, kene jaga amalan semasa berpantang betul2.
Antaranya pemakaian bengkung.
Ramai ibu muda moden yang abaikan pemakaian bengkung sebab rimas, leceh & ambil masa untuk ke tandas.
Berbengkung ni banyak kebaikannya..asalkan kita pakai dengan cara dan tempoh masa yang betul.
Sebagai physioterapist, cik pijah akui, sedikit sebanyak bengkung ni dapat bantu menyokong kembali otot abdominal ibu selepas melahirkan.
Ia juga dapat merapatkan kembali tulang pinggul ibu selepas berbulan-bulan 'renggang' akibat menampung berat bayi, berat badan yg bertambah dan kesan ligamen yang meregang semasa melahirkan.
.
.


Bagaimana pula dengan ibu yang melalui pembedahan ceaser?
Selepas luka sembuh (dalam tempoh 2 ke 4 minggu), boleh lah berbengkung.
Selain itu juga, amalan senaman kemut@ kegel exercise juga bagus untuk menguatkan kembali otot perineal ibu.
(pendek kata, otot ini umpama buaian yang menempung bahagian bawah abdomen)


Takdelah nanti, bila terbatuk, terbersin @ ketawa je, sampai terkucil kencing.
Umur 40an dah terpaksa pakai pad semasa nak solat sebab masalah incontinence ni..Naudzubillah.
.
.


Selain berbengkung & senaman asas menguatkan otot abdomen, cik pijah juga amalkan supplemen seperti kolagen, Vitamin C untuk bantu tubuh top-up balik kolagen dalam badan yang hilang menyusut seiring usia.
Selain untuk mendapatkan pemulihan luka yang cantik, kolagen ni bagus untuk sendi tubuh supaya tak cepat haus.
Haishh, kalau nak cerita pasal amalan berpantang ni memang takkan habis.
Kene buat seminar sehari agaknya.
Beringat hari ini, bukan sebab nak cantik... tapi lebih lagi sebab nak sihat.
Pengalaman cik pijah masa mengendalikan kes2 masalah wanita sperti tombong rahim semasa zaman klinikal dulu masih segar di ingatan.
Ngeri, bila nak duduk atau berbaring pun seksa.
.
.


Kita dah berpenat lelah melahirkan, maka kenalah manjakan diri semasa berpantang.
Nak tahu lebih lagi amalan berpantang cik pijah untuk dapat body yang solid molid.. kita sembang tepi ye.

I'm very glad to help you all.

Cik pijah physio.