June 1, 2017

RAMAI WANITA TAKUT PERUT BENYEK LEPAS MELAHIRKAN ?


Nama glamer nye, spare tyre.


Ada juga yang panggil baby bump.
Orang2 tua panggil perut benyek.
Strect mark la.

Alhamdulillah.. itulah cenderamata buat seorang yang bergelar ibu.

Sanggup jadi tak cantik sebab nak bagi zuriat kat suami..sebagai tanda kasih sayang & penyambung ummat Muhammad.





Tapi, tak mustahil nak jadi cantik & ramping balik.
Sebab tu cik pijah tak pernah ada masalah nak beli baju raya..masalahnya asyik terlebih longgar adalah.ha3
Syaratnya, kene jaga amalan semasa berpantang betul2.
Antaranya pemakaian bengkung.
Ramai ibu muda moden yang abaikan pemakaian bengkung sebab rimas, leceh & ambil masa untuk ke tandas.
Berbengkung ni banyak kebaikannya..asalkan kita pakai dengan cara dan tempoh masa yang betul.
Sebagai physioterapist, cik pijah akui, sedikit sebanyak bengkung ni dapat bantu menyokong kembali otot abdominal ibu selepas melahirkan.
Ia juga dapat merapatkan kembali tulang pinggul ibu selepas berbulan-bulan 'renggang' akibat menampung berat bayi, berat badan yg bertambah dan kesan ligamen yang meregang semasa melahirkan.
.
.


Bagaimana pula dengan ibu yang melalui pembedahan ceaser?
Selepas luka sembuh (dalam tempoh 2 ke 4 minggu), boleh lah berbengkung.
Selain itu juga, amalan senaman kemut@ kegel exercise juga bagus untuk menguatkan kembali otot perineal ibu.
(pendek kata, otot ini umpama buaian yang menempung bahagian bawah abdomen)


Takdelah nanti, bila terbatuk, terbersin @ ketawa je, sampai terkucil kencing.
Umur 40an dah terpaksa pakai pad semasa nak solat sebab masalah incontinence ni..Naudzubillah.
.
.


Selain berbengkung & senaman asas menguatkan otot abdomen, cik pijah juga amalkan supplemen seperti kolagen, Vitamin C untuk bantu tubuh top-up balik kolagen dalam badan yang hilang menyusut seiring usia.
Selain untuk mendapatkan pemulihan luka yang cantik, kolagen ni bagus untuk sendi tubuh supaya tak cepat haus.
Haishh, kalau nak cerita pasal amalan berpantang ni memang takkan habis.
Kene buat seminar sehari agaknya.
Beringat hari ini, bukan sebab nak cantik... tapi lebih lagi sebab nak sihat.
Pengalaman cik pijah masa mengendalikan kes2 masalah wanita sperti tombong rahim semasa zaman klinikal dulu masih segar di ingatan.
Ngeri, bila nak duduk atau berbaring pun seksa.
.
.


Kita dah berpenat lelah melahirkan, maka kenalah manjakan diri semasa berpantang.
Nak tahu lebih lagi amalan berpantang cik pijah untuk dapat body yang solid molid.. kita sembang tepi ye.

I'm very glad to help you all.

Cik pijah physio.